Dasar Privasi
Komitmen kami terhadap privasi anda.
"Kami" dalam Dasar Privasi ini merujuk kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kami mengumpul maklumat daripada anda apabila anda mendaftar di portal PgLAND. Apabila mendaftar di portal PgLAND, mengikut kesesuaian, anda mungkin diminta untuk memasukkan nama, nombor pengenalan/passport, alamat emel, alamat surat-menyurat atau nombor telefon anda.
-
Untuk memproses transaksi.
Maklumat anda, sama ada maklumat peribadi atau awam tidak akan dijual, ditukar, dipindahkan, atau diberikan kepada mana-mana syarikat lain dengan sebarang sebab, tanpa kebenaran anda, selain daripada untuk tujuan yang nyata dalam menyampaikan produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diminta. -
Untuk memperbaiki perkhidmatan pelanggan.
Maklumat anda membantu kami bertindak balas dengan lebih berkesan kepada permintaan perkhidmatan pelanggan dan keperluan sokongan anda. -
Untuk menghantar emel berkala.
Alamat emel yang anda berikan untuk pemprosesan pesanan hanya akan digunakan untuk menghantar maklumat dan kemas kini yang berkaitan dengan pesanan anda kepada anda.
Kami melaksanakan pelbagai langkah-langkah keselamatan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda membuat pesanan atau masuk, hantar, atau mengakses maklumat peribadi anda.
Kami menawarkan penggunaan komputer pelayan yang selamat. Semua maklumat sensitif yang dibekalkan, dihantar melalui teknologi Secure Socket Layer (SSL) dan kemudian disulitkan kedalam pangkalan data pembekal gerbang pembayaran kami, dimana hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang diberikan kuasa dengan hak capaian khas untuk sistem-sistem tersebut, serta perlu menyimpan maklumat sulit tersebut.
Selepas tamat transaksi, maklumat peribadi anda (kad kredit, nombor keselamatan sosial, kewangan, dll) tidak akan disimpan pada Komputer pelayan kami.
Kami tidak menjual, memperdagangkan, ataupun memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga (jika ada) yang membantu kami dalam mengendalikan portal kami, selagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk menyimpan maklumat tersebut secara sulit.
Walaubagaimanapun, maklumat ini akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain apabila diperlukan dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. Kami juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang, bagi tujuan penguatkuasaan dasar portal kami, atau melindungi hak, harta, atau keselamatan orang lain atau kami.
Kadangkala, mengikut budi bicara kami, kami mungkin memasukkan atau menawarkan produk atau perkhidmatan pihak ketiga di laman web kami. Laman pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan bebas. Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan dan aktiviti laman web yang dipautkan ini. Namun begitu, kami berusaha untuk melindungi integriti laman web kami dan mengalu-alukan sebarang maklum balas tentang laman web ini.
Kami mungkin menggunakan teknologi termasuk perisian penyulitan untuk melindungi Maklumat anda atau sebarang data yang anda berikan ke dalam portal kami dan untuk mengekalkan piawaian keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.
Dasar privasi dalam talian ini hanya terpakai kepada maklumat yang dikumpul melalui kami dan bukan untuk maklumat yang dikumpul di luar talian.
Sila layari bahagian terma dan syarat kami, penafian dan had liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan kami.
Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan dasar privasi portal ini.
Jika kami memutuskan untuk menukar dasar privasi kami, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada halaman ini.