Soalan - Soalan Lazim


Cari Dalam Senarai


PELAKSANAAN PERSEMPADANAN SEMULA BANDAR

PEMBERITAHUAN MENGUBAH SEMPADAN BANDAR DAN PENETAPAN BANDAR

Tarikh pewartaan rasmi adalah pada 4 September 2025 melalui Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang No.1139


Langkah ini dilakukan bagi menyesuaikan sempadan pentadbiran dengan perkembangan pesat pembangunan di Negeri Pulau Pinang dan memastikan perancangan pembangunan negeri dilaksanakan secara mampan serta tersusun.


Proses ini dibuat di bawah peruntukan:

i.Seksyen 51(2)(a), Kanun Tanah Negara; dan

ii.Seksyen 11(ca) dan 11(d), Kanun Tanah Negara.


Penetapan bandar ialah pengisytiharan rasmi oleh Kerajaan Negeri bagi mana-mana kawasan dalam negeri yang telah mencapai ciri-ciri dan fungsi kawasan bandar, selepas ia dilakukan pengukuran atau penentuan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan dan diisytihar selaras dengan seksyen 11 (d) Kanun Tanah Negara.


Antara faktor yang diambil kira ialah kadar pertumbuhan penduduk dan kepadatan kawasan, tahap pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial, serta kemudahan dan infrastruktur sedia ada.


Kesan perubahan status ini kepada pemilik tanah meliputi kadar cukai tanah dan cukai petak yang dikenakan, jenis pembangunan yang dibenarkan di bawah Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan, serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan bandar di kawasan terlibat.


Perubahan sempadan pentadbiran Kerajaan tidak menjejaskan keluasan hak milik persendirian.


Kadar cukai tanah turut disemak semula dan telah diwartakan pada 11 September 2025 melalui Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang No.37.


Jenis pegangan (kekal atau pajakan) serta tempoh pegangan bagi hakmilik pajakan tidak akan berubah. Kategori penggunaan tanah (pertanian, bangunan atau perindustrian) juga tidak akan berubah.


Urusan pembangunan tanah seperti permohonan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula dan permohonan Kebenaran Merancang akan berlaku seperti biasa di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan lain-lain agensi berkaitan. Selain itu, urusan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga seperti pendaftaran Pindahmilik Tanah, Gadaian, Peletakhakan, Kaveat dan lain-lain turut akan berjalan seperti biasa.


Selepas pewartaan peluasan 10 bandar sedia ada dan 25 bandar baharu, jumlah keseluruhan bandar di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 42 buah bandar.


Ya. Peta sempadan boleh dibeli di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang.


Orang awam boleh mengunjungi Pejabat Tanah dan Galian atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran.



KADAR CUKAI TANAH

SEMAKAN KADAR CUKAI TANAH NEGERI PULAU PINANG

Tidak. Kadar berbeza mengikut Kawasan (Bandar atau Desa), Kategori penggunaan (Kediaman, Perniagaan, Perindustrian, Lain-lain) dan Lokasi kawasan (contohnya: George Town, Balik Pulau, Bukit Mertajam, dan lain-lain)


Tidak. Cukai petak (strata) dikenakan khusus bagi hakmilik strata (contohnya kondominium, pangsapuri, dsb.) selepas hakmilik strata didaftarkan. Cukai petak berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2019. Cukai tanah biasa hanya terpakai untuk hakmilik induk.


  • Kadar cukai tanah ialah jumlah bayaran setiap meter persegi (mp) yang dikenakan berdasarkan kategori dan lokasi.
  • Jumlah cukai tanah tahunan ialah kadar tersebut didarabkan dengan keluasan tanah (mp), tertakluk kepada kadar minimum. 

  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP)
  • Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan (Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah & Seberang Perai Selatan)

Sebarang pertanyaan berkenaan cukai boleh juga diemelkan kepada:

Pejabat Tanah & Galian

cukai.ptg@penang.gov.my

Pejabat Daerah & Tanah Timor Laut

cukai.dtl@penang.gov.my

Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya

cukai.dbd@penang.gov.my

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara

cukai.spu@penang.gov.my

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah

cukai.spt@penang.gov.my

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan

cukai.sps@penang.gov.my


Kadar cukai tanah ialah jumlah bayaran tahunan yang dikenakan ke atas setiap lot tanah berdasarkan kategori penggunaan tanah (seperti kediaman, perniagaan, perindustrian atau lain-lain) dan lokasi kawasan (contohnya   George Town, Seberang Jaya, Batu Kawan, Bertam).


Anda boleh menyemak kadar cukai tanah yang baharu mulai  2 Januari 2026 melalui Portal Rasmi PgLAND di https://pgland.penang.gov.my. Pilih menu Kadar Cukai Tanah atau Semakan Cukai. Masukkan No. Hakmilik / No. Akaun / No. Lot / No. Kad Pengenalan Pemilik untuk melihat kadar dan bil tahunan.


Rebat cukai tanah tahun 2026 ialah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk meringankan beban kenaikan kadar cukai tanah baharu yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2026. Di Pulau Pinang, rebat 50% akan diberikan kepada semua pemilik tanah bagi tahun 2026.


Pemilik berdaftar bagi sesuatu lot tanah seperti yang tercatat dalam Hakmilik Tanah.


Kali terakhir kadar cukai tanah di Negeri Pulau Pinang disemak pada tahun 1994. Semakan terkini akan berkuatkuasa pada tahun 2026.


Kadar cukai tanah boleh disemak semula oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan kelulusan Majlis Tanah Negara dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan semasa seperti perubahan nilai tanah atau pembangunan kawasan. Namun semakan tersebut tidak boleh dibuat kurang daripada 10 tahun dari tarikh semakan terakhir.


Anda boleh menyemak status terkini di portal PgLAND bermula 2 Januari 2026.


Semua pemilik tanah di Negeri Pulau Pinang layak menerima rebat 50% pada tahun 2026, tanpa mengira kategori tanah (kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian). Bagaimanapun, rebat akan diberikan dengan syarat bahawa jumlah cukai selepas rebat tidak boleh menjadi lebih rendah daripada apa yang telah dibayar pada tahun 2025 (jika lebih rendah, pemilik perlu membayar cukai sedia ada 2025 atau kadar minimum baharu).



CUKAI PETAK

SEMAKAN KADAR CUKAI BAGI SEMUA TANAH-TANAH BERIMILIK DI NEGERI PULAU PINANG

Ya


Cukai petak ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap hakmilik strata bagi menggantikan pengenaan cukai tanah.


Tidak. Cukai petak tidak terlibat dengan semakan kadar baharu cukai tanah yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026. Cukai petak masih mengekalkan kadar sedia ada seperti yang diwartakan di dalam Jadual Kelima Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Negeri Pulau Pinang) 2019.


Walaupun skim-skim strata tidak terlibat dengan semakan kadar baharu cukai tanah, skim-skim strata terlibat dengan pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar, pindaan sempadan bandar asal dan pewujudan bandar baharu bagi seluruh daerah di Negeri Pulau Pinang.

Pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar, pindaan sempadan asal dan pewujudan bandar baharu bertujuan untuk menyelaras semula kadar cukai dan ini menyebabkan kadar cukai petak berubah.


Kenaikan hanya dikenakan ke atas skim-skim strata yang sebelumnya dikenakan cukai pada kadar "desa". Kadar cukai petak akan meningkat kerana kadar cukai baharu kini dikira berdasarkan kadar "bandar". 


Bagi skim-skim strata yang sedia ada dikenakan cukai pada kadar "bandar" akan kekal pada kadar sedia ada.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan penangguhan kenaikan sehingga 31 Disember 2026 kepada skim-skim strata yang terlibat dengan kenaikan.


Perkara ini berlaku kerana kawasan skim anda kini dikategorikan sebagai kawasan bandar selepas pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar, pindaan sempadan asal dan pewujudan bandar baharu. Penentuan sama ada sesuatu kawasan dianggap desa atau bandar dibuat berdasarkan pembangunan semasa, kepadatan penduduk serta kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Tidak. Hanya skim-skim strata yang terletak di kawasan mukim yang berubah status atau sempadan akibat pengkelasan semula tanah desa kepada tanah bandar, pindaan sempadan asal dan pewujudan bandar baharu sahaja yang akan terlibat dengan pelarasan kadar ini.


Kadar cukai petak baharu bagi skim berstrata yang terlibat akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027.


Penafian: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Maklumat Kami

  • Level 3, 19, 21 and 22, 10000, KOMTAR, Penang, Malaysia.
  • Telephone : +604-6505211